Hafalan al-Quran Mencegah Pelbagai Penyakit  

Tafsir Ayat

Sebuah kajian membuktikan, semakin banyak hafalan seseorang itu terhadap al-Quran, semakin baik tahap kesihatannya. Dr. Shalih bin Ibrahim Ash-Shani’, Dekan Pusat Pengajian Psikologi di Universiti Al Imam Bin Saud Al Islamiyyah, Riyadh, telah menjalankan kajian terhadap dua kelompok responden, iaitu mahasiswa dari Universiti Raja Abdul Aziz seramai 170 orang responden, dan mahasiswa Al Imam Asy Syathibi yang juga berjumlah 170 orang responden.

Kajian ini berjaya membuktikan adanya hubungan positif antara peningkatan kadar hafalan al-Quran dengan tahap psikik seseorang, dan mahasiswa yang menghafaz al-Quran memiliki tahap psikik yang tinggi.

Kesimpulan dari kajian mendapati, setiap orang yang menghafal sebahagian dari al-Quran dan mendengar bacaan al-Quran secara berterusan akan merasakan perubahan yang besar dalam hidupnya. Hafalan al-Quran memberi pengaruh pada kesihatan fizikalnya. Melalui pemerhatian dan pengamatan yang dilakukan, seseorang yang menghafaz al-Quran dapat meningkatkan sistem ketahanan badan, (imuniti) yang seterusnya menghindari dari pelbagai penyakit.

Secara umum,  dengan membaca al-Quran  maka hasilnya :

  • Memperoleh fikiran yang jernih (bersih dari  persepsi negatif, khusnul zhal iaitu berprasangka baik)
  • Memperoleh kekuatan memori (mudah mengingati sesuatu perkara)
  • Memperoleh ketenangan dan kestabilan psikologi (emosi yang stabil)
  • Memperoleh senang dan bahagia ( segala urusan menjadi mudah)
  • Bebas dari takut, sedih dan cemas.( mampu mengawal emosi)
  • Mampu berbicara di hadapan khalayak ramai (kebolehan berhujah)
  • Mempunyai hubungan sosial yang baik (ramai sahabat)
  • Memperoleh kepercayaan daripada orang lain ( dipercayai)
  • Meningkatkan IQ (kecerdasan otak)

Natijahnya, berpegang teguh pada al-Quran dan ajaran yang terkandung di dalamnya memainkan peranan terhadap keperibadian seseorang, meningkatkan kesihatan, melindungi dari pelbagai penyakit psikologi, dan membantu membuat keputusan yang tepat dalam situasi yang getir. Jadi, Al Quran adalah jalan anda untuk menjadi kreatif, memimpin diri sendiri, keluarga dan masyarakat, seterusnya bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat!